Skip to main content

Siapakah Keknis?

Assalamualaikum hi semua pembaca.

Selamat Datang ke Blog Odaerra. Kenapa Odaerra?

Perkataan Odaerra ini adalah gabungan daripada Odara(African) +  Ederra(Basque) yang bermaksud cantik. Seiring dengan kita orang wanita sukakan kecantikan kan. So keknis gabungan menjadi "Odearra". Sedap sikit kan. Kot kot nanti dah kawen dapat baby girl bolehlah guna pangkal nama Odaerra tu. Cehwahh, angan angan biar tinggi melangit tau.

Sempena hari kelahiran keknis pada 20Mei yang lepas keknis telah memperkenalkan O-dae-rra untuk semua followers instagram @odaerra .

Keknis merupakan seorang yang gilakan kecantikan. Nak cantik bagi keknis kita kena kurus. Sebab kalau anda kurus macam macam anda boleh lakukan. Tak payah risau atau hadapi situasi nak beli baju yang anda suka giler tapi tak ada size. Sedih beb..

Tapi tak bermakna kalau anda gemuk anda tak cantik. Cantik ni adalah subjektif je. Tapi kalau kurus sebab nak cantik tu terpulanglah pada setiap individu. Keknis dah rasa kehidupan ketika gemuk. So sekarang ni keknis nak enjoy moment hidup sebagai orang kurus pula. Hidup hanya sekali saja. Why not jaga kesihatan bagi elok kan.

Keknis pernah alami situasi berat yang berlebihan dan masuk ke kategori 'overweight'. Sikit lagi nak ke fasa obesity. Orang kata berat bahu memikul berat lagi badan ku memikul ketika itu. Dah la banyak giler spare oart. Pakai baju semua tempat nampak isi lemak tersembol. Tambahan lagi kalau duduk, mak aihh berlipat lipat lemak perut tu. Sangat disaster. Tak percaya keknis pernah gemuk?? hampa tengok gambaq bawah ni.

Ketika ini december 2015 baru habis study dok tunggu nak konvo dan start  business jual Celebritylass. Dapat duit mestilah happy kan memang badan pun makin dipam pam la bagaikan pelampung tayar tu. 😂

Bila berisi ini hang pose la semua sisi pun masih terserlah kegemukkan .


Masalah utama bila gemuk ini susah nak cari size baju yang kita minat. Redha je pakai berulang kali baju dan seluar yang ada. Sampai satu tahap tu keknis stress sangat hampir setiap tengah malam maaih lalu lagi makan nasi goreng tau. Keknis dulu rajin masak sebab suka try resepi baru. Setiap minggu ada  saja resepi baru yg keknis try. Tapi lama lama minat tu semakin berkurangan sebab bila masak menu baru tak ada sambutan. Jenuh la aku nak makan sorang bagi habis kan.

Sampai la suatu hari tu mak keknis tegur. Sampai bila nak makan tidur 'bela' badan ni. Tak mau keja ka?

Lepas tu keknis kata tak mau keja. Duit jadi dropship dan agen masa ni dok masuk. Cukup lah nak belanja bulan bulan sendiri. Sebab masa ni tak ada komitmen bayar apa apa bil lagi. Hutang ptptn pun tak bayar lagi sebab tak keluar notis lagi. Dulu la 4 tahun lepas.

Awal tahun 2016, demi menyahut cabaran orang sekeliling yang selalu ejek keknis gemuk dan dengan itu keknis lakukan perubahan paradikma dalam hidup keknis. Seminggu juga keknis buat research untuk cari team coaching untuk kurus. Pada 2016 takde lagi coaching online macam sekarang tau. Sejujurnya masa ni keknis kurus tanpa bergantung kepada satu produk kurus pun. Bila anda NEKAD nak kurus. InsyaAllah anda akan kurus juga. Tapi hati ko kental kental bak orang bangla.

Kenapa Bang-la, sebab bila orang hina atau kutuk depa sekalipun depa move forward je. Depa tak kisah pun apa orang kata. Demi mencari rezeki yang halal depa teruskan je survive kerja di Malaysia. Ni hampa baru diet sehari dua, berat tak turun dah kecewa macam apa ntah. Ingat hampa gemuk harini pun sebab kesan hampa makan banyak dah beberapa tahun lepas. Nak kurus tu boleh aje, tapi kena sabarrrrrr banyak banyak okeh.

Mac 2016 60kg

Bermula pada 16.01.16 Keknis berjaya join program Jom Kurus 1 Malaysia season 6. Daripada program tersebut la keknis belajar cara betuk untuk diet. Jaga pemakanan. Amalkan clean food dan sebagainya. Dalam tempoh 2 bulan keknis berjaya loss weight sebanyak 8kg daripada 68kg dan berjaya jadi pemenang Loss weight yang terbanyak mengikut %. Walaupun masih 60kg ketika itu tapi body keknis dah semakin firm. Ada la bentuk badan sikit. Cuma belum  fit saja.

Selepas beberapa bulan keknis pindah ke Bangi dan cari kerja pun di bangi. Bila kerja ni stress juga tapi tak sama stress semasa overweight. Bila stress ketika kerja berat badan keknis semakin menurun. Sehingga lah capai 55kg macam gambaq kat bawah ni. Size baju pun dah boleh sarung size xs tau. tapi untuk jubah bella ammara jela. The only one baju xs yang Keknis ada ketika ini sampai hari ini. Lain brand lain size.

November 2016

Selepas berjaya capai berat 55kg tu memang keknis avoid makan luar. Semua makanan masak sendiri tapi makin lama makin sibuk tak sempat sediakan cleanfood. Anda setuju tak kalau keknis katakan makanan yang disediakan sendiri di rumah lebih berkhasiat berbanding masakannya di kedai?

Sedikit sebanyak itulah kisah keknis. Jika anda inginkan menurunkan berat badan jangan segan silu pergi ke instagram @odaerra untuk mendapatkan tips kurus secara percuma. Boleh terus wasap Keknis di 018-4744394

Salam Sayang, Keknis
28.05.2018
@haniszula1kha
02.12am.
Bangi




Comments

Popular posts from this blog

Kenapa perlu minum Evening Doze Off sebelum tidur?

“Dah ready ke nak rendam Evening Doze Off?” Kalau perasan bila minum Evening Doze Off ni korang akan rasa mint skit, lebih relax dan calm. Memang mode untuk terus tidur. sebab LUSLIMLABEB Evening Doze Off memang ada pudina yang real dan fresh dalam setiap uncang.. Selain jadi perasa natural dalam Evening Doze Off, pudina ni ada function untuk bantu turunkan berat badan khususnya dalam mengawal stress yang juga punca kepada kenaikan berat badan.. Pudina akan memberikan ‘calming’ effect dan setiap kali Keknis minum Evening Doze Off Keknis akan rasa lebih relax dan senang untuk tidur.. Herba dan akar kayu lain macam burdock root, liquorice root dan lain2 lebih specific pada meningkatkan sistem penghadaman korang.. Evening Doze Off membantu untuk mempercepatkan proses ‘fat oxidation’ supaya lemak dari makanan yang korang makan hari tu akan lebih cepat keluar dari badan 😘 So kalau yang Morning Boost bakar lemak, yang Evening Doze Off ni lebih pada membuang lemak. Dua2 ni...

Kelebihan Chia Seed dalam kesihatan

Assalamualaikum semua pembaca setia Odaerra. Kalau anda mengikut laman instagram keknis iaitu odaerra. Anda akan perasan di IG story hari ini keknis ada update tips nak hilang haus/dahaga di bulan puasa, salah satunya dengan mengamalkan Chia Seed. Bukan chia chia chia tu ya. Actually apa Chia Seed ni keknis? C hia seed, merupakan  sejenis tumbuhan berbunga yang tergolong dalam keluarga pudina dan berasal daripada Mexico dan Guatemala. Ada 3 perbezaan antara biji selasih dan chia seed. yang pertama, adalah dalam hal cara penyediaanya. Biji selasih hanya boleh digunakan setelah direndam di dalam air selama beberapa waktu. Sedangkan, bagi  Chia seed pula, ianya boleh digunakan  dengan cara, hanya ditaburkan atau dicampurkan saja ke jus, yogurt, pudding, salad,  rawfood, malahan  ke dalam nasi putih juga, atau dengan cara hanya direndamkan ke air putih biasa selama beberapa saat saja. Kedua, warna yang berbeza. biji sel...