Skip to main content

Kelebihan Chia Seed dalam kesihatan

Assalamualaikum semua pembaca setia Odaerra.

Kalau anda mengikut laman instagram keknis iaitu odaerra. Anda akan perasan di IG story hari ini keknis ada update tips nak hilang haus/dahaga di bulan puasa, salah satunya dengan mengamalkan Chia Seed. Bukan chia chia chia tu ya.

Actually apa Chia Seed ni keknis?


Chia seed,merupakan  sejenis tumbuhan berbunga yang tergolong dalam keluarga pudina dan berasal daripada Mexico dan Guatemala.
Ada 3 perbezaan antara biji selasih dan chia seed. yang pertama, adalah dalam hal cara penyediaanya. Biji selasih hanya boleh digunakan setelah direndam di dalam air selama beberapa waktu. Sedangkan, bagi  Chia seed pula, ianya boleh digunakan  dengan cara, hanya ditaburkan atau dicampurkan saja ke jus, yogurt, pudding, salad,  rawfood, malahan  ke dalam nasi putih juga, atau dengan cara hanya direndamkan ke air putih biasa selama beberapa saat saja.
Kedua, warna yang berbeza. biji selasih itu warnanya adalah hitam saja. Apabila terkena air, akan muncul selaput putih jernih yang menyeliputi menyelimuti biji selasih. Tetapi bagi chia seed pula, aianya mempunyai banyak warna iaitu berwarna hitam, , coklat, kelabu dan juga putih. Apabila terkena air,  akan muncul juga selaput putih menyelimuti biji chia.
Ketiga, perbezaan dalam khasiat dan kebaikannya. Biji selasih itu ternyata memang banyak manfaatnya. Oleh sebab itu ianya sudah  lama  menjadi ubat-ubatan untuk suku kaum Ayurvedic dan dalam pengubatan China. Biji selasih berkhasiat untuk mengurangkan sakit kepala, mengurangkan sakit sendi, dan lain-lain lagi. Tidak kurang juga dengan Chia Seed, ianya juga mengandungi banyak khasiat dan kebaikannya juga:

Antara kebaikan Chia Seed adalah:


 Lebih berkhasiat daripada sebiji telur ayam tau.

7 Kebaikan yang terkandung di dalam Chia Seed:

1. Dapat Melawan Diabetes
Chia Seed telah dikaji oleh pakar perubtan, ianya telah menjadi sebagai  salah satu rawatan semula jadi yang amat berpotensi untuk para pesakit diabetes tahap 2, kerana keupayaannya  untuk memperlahankan penghadaman. 

Lapisan agar-agar biji chia seed yang terbentuk apabila terdedah kepada cecair boleh juga mencegah pancang gula darah.

2. Mengandungi Serat yang banyak
Dengan hanya mengambil 28 gram atau satu auns dalam setiap hidangan chia seed, ianya mempunyai 11 gram serat pemakanan, seumpama kira-kira satu pertiga daripada pengambilan serat harian yang telah disyorkan untuk orang dewasa. Menambahkan beberapa chia seed dalam menu diet harian anda adalah merupakan salah satu cara yang mudah untuk memastikan anda memperolehi jumlah fibre yang baik. Dimana ianya amat  penting untuk sistem penghadaman.

3. Mengekalkan Kekuatan Gusi dan Tulang
Satu hidangan biji chia seed dalam diet menu harian mempunyai 18 peratus daripada pengambilan harian yang telah disyorkan untuk kalsium, yang dimana ianya berfungsi untuk mengekalkan tahap kesihatan gigi,  tulang, dan dapat mencegah osteoporosis.

4. Kaya Dengan Protein
Biji Chia seed juga adalah merupakan salah satu sumber protein bagi golongan vegetarian dan ianya  tidak mempunyai sebarang kolesterol. Dalam satu 28 gram hidangan biji Chia Seed yang diambil adalah mempunyai 4.4 gram protein di dalamnya.

5. Dapat Menstabilkan Gula dalam Darah
Pengambilan biji chia seed juga amat berkesan untuk menstabilkan gula dalam darah kita disamping dapat melawan rintangan bagi insulin yang telah terikat dalam peningkatan pada lemak perut (belly fat). 

Rintangan yang  jenis ini adalah amat berbahaya bagi kesihatan diri kita secara keseluruhanya.

6. Mudah  Berasa Kenyang
Tryptophan adalah merupakan satu sejenis asid amino yang telah ditemui pada ayam belanda. Ianya juga turut ditemui dalam biji Chia Seed. 

Walaupun tryptophan akan memberikan kesan mengantuk selepas makan, namun ianya juga amat berpotensi untuk membantu mengawal selera makan anda (mudah berasa kenyang), memberikan tidur yang selesa dan membantu untuk meningkatkan mood anda seharian.

7. Dapat Meningkatkan Kesihatan Jantung
Kajian daripada Klinik Cleveland turut menyatakan bahawa biji chia seed telah sememangnya terbukti dalam meningkatkan tekanan darah untuk para pesakit kencing manis. 

Ianya juga boleh meningkatkan kolesterol sihat untuk tubuh dan pada masa yang sama dapat mengurangkan jumlah kolesterol, LDL dan juga trigliserida.

8.  Penuh dan kaya dengan Omega-3 
Biji Chia Seed adalah penuh dan kaya dengan asid lemak omega-3, dengan mempunyai hampir 5 gram dalam setiap hidangan satu aunsnya. Lemak adalah amat penting untuk kesihatan otak anda.


Salah satu penyumbang besar untuk menurunkan berat badan anda adalah dengan consume chia seed.

Kalau nak kurus lepas ini boleh start amalkan makan chia seed. Pelbagai jenis brand chia seed di pasaran sekarang. Boleh cari di Giant atau supermarkets yang berdekatan dengan anda.

Jika anda merasakan sukar untuk mendapatkan chia seed ini. Anda boleh follow tips kurus secara percuma di Instagram @odaerra .

Salam Sayang, Keknis
Rumahku Syurgaku, Bangi
02:34am

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa perlu minum Evening Doze Off sebelum tidur?

“Dah ready ke nak rendam Evening Doze Off?” Kalau perasan bila minum Evening Doze Off ni korang akan rasa mint skit, lebih relax dan calm. Memang mode untuk terus tidur. sebab LUSLIMLABEB Evening Doze Off memang ada pudina yang real dan fresh dalam setiap uncang.. Selain jadi perasa natural dalam Evening Doze Off, pudina ni ada function untuk bantu turunkan berat badan khususnya dalam mengawal stress yang juga punca kepada kenaikan berat badan.. Pudina akan memberikan ‘calming’ effect dan setiap kali Keknis minum Evening Doze Off Keknis akan rasa lebih relax dan senang untuk tidur.. Herba dan akar kayu lain macam burdock root, liquorice root dan lain2 lebih specific pada meningkatkan sistem penghadaman korang.. Evening Doze Off membantu untuk mempercepatkan proses ‘fat oxidation’ supaya lemak dari makanan yang korang makan hari tu akan lebih cepat keluar dari badan 😘 So kalau yang Morning Boost bakar lemak, yang Evening Doze Off ni lebih pada membuang lemak. Dua2 ni...

Siapakah Keknis?

Assalamualaikum hi semua pembaca. Selamat Datang ke Blog Odaerra. Kenapa Odaerra? Perkataan Odaerra ini adalah gabungan daripada Odara(African) +  Ederra(Basque) yang bermaksud cantik. Seiring dengan kita orang wanita sukakan kecantikan kan. So keknis gabungan menjadi "Odearra". Sedap sikit kan. Kot kot nanti dah kawen dapat baby girl bolehlah guna pangkal nama Odaerra tu. Cehwahh, angan angan biar tinggi melangit tau. Sempena hari kelahiran keknis pada 20Mei yang lepas keknis telah memperkenalkan O-dae-rra untuk semua followers instagram @odaerra . Keknis merupakan seorang yang gilakan kecantikan. Nak cantik bagi keknis kita kena kurus. Sebab kalau anda kurus macam macam anda boleh lakukan. Tak payah risau atau hadapi situasi nak beli baju yang anda suka giler tapi tak ada size. Sedih beb.. Tapi tak bermakna kalau anda gemuk anda tak cantik. Cantik ni adalah subjektif je. Tapi kalau kurus sebab nak cantik tu terpulanglah pada setiap individu....