Assalamualaikum semua pembaca setia Odaerra. Kalau anda mengikut laman instagram keknis iaitu odaerra. Anda akan perasan di IG story hari ini keknis ada update tips nak hilang haus/dahaga di bulan puasa, salah satunya dengan mengamalkan Chia Seed. Bukan chia chia chia tu ya. Actually apa Chia Seed ni keknis? C hia seed, merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang tergolong dalam keluarga pudina dan berasal daripada Mexico dan Guatemala. Ada 3 perbezaan antara biji selasih dan chia seed. yang pertama, adalah dalam hal cara penyediaanya. Biji selasih hanya boleh digunakan setelah direndam di dalam air selama beberapa waktu. Sedangkan, bagi Chia seed pula, ianya boleh digunakan dengan cara, hanya ditaburkan atau dicampurkan saja ke jus, yogurt, pudding, salad, rawfood, malahan ke dalam nasi putih juga, atau dengan cara hanya direndamkan ke air putih biasa selama beberapa saat saja. Kedua, warna yang berbeza. biji sel...